Wednesday, 3 September 2014

Da Yu

Da Yu (Bahasa Cina: 大禹) , nama asalnya "Yu", juga dikenali sebagai "Xia Yu" (Bahasa Cina:夏禹). Beliau merupakan pemimpin klan Xiahou. Pada tahun 2070 SM, beliau pula mengasaskan dinasti pertama dalam sejarah China, iaitu Dinasti Xia. Beliau terkenal dengan sumbangannya dalam menangani masalah banjir yang telah menyerang China selama 22 tahun. Air banjir menyusahkan kehidupan penduduk zaman itu. Gun diarah untuk menangani masalah itu tetapi gagal.

Gambar rajah 3.1 Da Yu

Semasa pemerintahan Shun, Gun dibunuh dan Shun memerintah anaknya, Yao untuk mengendali masalah banjir tersebut. Masalah banjir telah diatasi oleh Yu dengan cara saluran-saluran air supaya air bah dapat mengikuti saluran ini mengalir menuju laut. 

Yu telah meninggalkan rumahnya selama 13 tahun untuk menangani masalah banjir. Menurut legenda, beliau pernah melalui rumahnya 3 kali tetapi tidak pernah masuk mengunjungi ahli keluarganya kerana berasa tanggungjawabnya untuk menyelamatkan penduduk China belum lagi diselesaikan. Yu seorang rajin dan bertanggungjawab, beliau sentisaa mendahulukan negara daripada keluarganya sendiri. 

Atas kejayaan Yu dalam menyelesaikan masalah banjir, beliau telah disyorkan oleh penduduk untuk menjadi Raja. Selepas kematian Shun, Yu telah menaik takhta dan mendirikan Dinasti Xia. Sebagai penghargaan terhadap jasa Yu, beliau dikenali sebagai "Da Yu" yang bermaksud "The Great Yu'.

Video di bawah ialah sebuah karton yang menceritakan peristiwa Da Yu menangani masalah banjir di China. 

Wu Zetian

Dalam sejarah China, kesemua maharaja ialah lelaki. Akan tetapi, satu kekecualian muncul pada tahun 690 Masihi, Wu Zetian (Bahasa Cina: 武则天) naik takhta dan menubuhkan Dinasti Zhou pada tahun itu, beliau merupakan satu-satunya maharani dalam sejarah China. 

Gambar rajah 2.1 Wu Zetian

Kronologi pemerintahan Wu Zetian adalah seperti yang berikut:
  • Tahun 624 Masihi--- Wu Zetian dilahirkan.
  • Tahun 638 Masihi--- Wu Zetian dipilih oleh Maharaja Tai Zong, Li Shimin untuk menjadi gundik baginda.

    Dinundang ke istana dan digelar Cairen (selir tingkat ke-5).
  • Tahun 649 Masihi--- Wu Zetian menjadi biarawati selepas Li Shimin mangkat.
  • Tahun 652 Masihi--- Dijemput kembali ke istana oleh Maharaja Gaozong, Li Zhi untuk menjadi gundik baginda selepas naik takhta.
  • Tahun 653 Masihi--- Wu Zetian membunuh puteri sendiri untuk menyingkirkan Permaisuri Wang.

    Permaisuri Wang dilucutkan gelaran dan Wu Zetian menjadi permaisuri.

    Setelah menjadi Permaisuri, Wu Zetian membatalkan sistem tradisional tentang wanita tidak boleh mentadbir negara dan memaksa Maharaja Gaozong membenarkan beliau menguruskan hel ehwal penting negara. 
  • Tahun 683 Masihi--- Maharaja Gaozong mangkat, kedua-dua Putera Mahkotanya berturut-turut menaiki takhta, tetapi kuasa pemerintahan yang sebenarnya adalah pada tangan ibunya, Permaisuri Wu Zetian.
  • Tahun 684 Masihi--- Pemberontakan bersenjata berlaku untuk menggulingkan Wu Zetian.

    Untuk mengukuhkan kedudukannya, Wu Zetian:
    • Membuat seolah-olah ada pemerintah wanita dari syurga akan membawa kemakmuran bagi kerajaan;
    • Membuat pengumunan rasmi bahawa sesiapa yang memberikan informasi tentang pemberontak diberi hadiah. 
     
  • Tahun 690 Masihi--- Wu Zetian menduduki takhta dengan menggunakan gelaran "Kaisar Wanita yang Hebat dan Bijaksana" (Bahasa Cina:则天女皇).

    Maharani Wu Zetian telah mengubah Dinasti Tang kepada Dinasti Zhou.

    Perubahan dasar dilaksanakan oleh Wu Zetian:
    • Sistem ujian seni pertahanan diri.
    • Program pertanian diadakan. 
     
  •  Tahun  705 Masihi--- Wu Zetian sakit parah. Sementara itu, baginda dipaksa oleh pemberontak untuk menyerahkan takhta kepada puteranya, Li Xian.

    Wu Zetian mangkat pada usia 82 tahun.
Video di bawah merupakan sebuah dokumentari yang berkaitan dengan kisah sepanjang hayat Wu Zetian:


Kesimpulannya, Wu Zetian menjadi Maharani selama 15 tahun dan melaksanakan pentadbiran negara selama 50 tahun. Dalam tempoh pemerintahan Wu Zetian, China telah menjadi negara yang kuat dengan masyarakatnya yang stabil dan ekonominya yang berkembang.

Monday, 1 September 2014

Qin Shi Huang

Qin Shi Huang (Bahasa Cina: 秦始皇; pinyin: Qín Shǐ Huáng) 259 SM - 10 September 210 SM, juga dikenali sebagai Shi Huang Di, nama peribadinya Yíng Zhèng, merupakan seorang pemerintah yang amat berpengaruh dalam sejarah China. Baginda ialah raja Nageri Qin dari 247 SM sehingga 221 SM (secara rasminya masih di bawah naungan Dinasti Zhou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM. Baginda menyatukan tanah besar China dan mengasaskan Dinasti Qin, memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina: 始皇帝; pinyin: Shǐ Huáng Dì). Sebagai pemerintah Dinasti Qin, baginda terkenal kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.

Gambar rajah 1.1 Qin Shi Huang
Sumbangan Qin Shi Huang terhadap negara China boleh dikaji daripada aspek-aspek yang berikut:


Gambar rajah 1.2 Sumbangan Qin Shi Huang daripada pelbagai aspek.
 1.0 Politik 
  •  Memperkenalkan penggunaan geleran "Huang di" dengan menggabungkan perkataan huang (皇) dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan di (帝) dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang. 
  • Mengukuhkan kuasa baginda dengan pemusatan, iaitu menumpukan pentadbiran di pusat kerajaan.
  • Melaksanakan dasar pembahagian daerah-daerah dan negeri.
2.0 Ekonomi
  • Menyeragamkan sistem timbang dan sukat.
  • Menyeragamkan sistem kewangan.
Gambar rajah 1.3 Mata wang yang digunakan semasa Dinasti Qin.

  • Membina sebuah sistem jalan raya kebangsaan besar-besaran.     
3.0 Kebudayaan
  • Menyeragamkan sistem tulisan.
    Gambar rajah 1.4 Sistem tulisan disatukan semasa Dinasti Qin.
  • Mencipta patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, menunjukkan kemahiran mengukir yang tinggi dalam masyarakat zaman dahulu.
Gambar rajah 1.5 Patung-patung Tentera Terracotta.
4.0 Ketenteraan 
  •    Membina Tembok Besar China untuk melindungi tanah utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Tembok Besar China ini merupakan binaan yang paling panjang di dunia sampai hari ini.
    Gambar rajah 1.6 Tembok Besar China