Qin Shi Huang (Bahasa Cina: 秦始皇; pinyin: Qín Shǐ Huáng) 259 SM - 10 September 210 SM, juga dikenali sebagai Shi Huang Di, nama peribadinya Yíng Zhèng, merupakan seorang pemerintah yang amat berpengaruh dalam sejarah China. Baginda ialah raja Nageri Qin dari 247 SM sehingga 221 SM (secara rasminya masih di bawah naungan Dinasti Zhou), dan kemudiannya maharaja pertama China yang disatukan mulai 221 SM hingga 210 SM. Baginda menyatukan tanah besar China dan mengasaskan Dinasti Qin, memerintah dengan gelaran Maharaja Pertama (Bahasa Cina: 始皇帝; pinyin: Shǐ Huáng Dì). Sebagai pemerintah Dinasti Qin, baginda terkenal kerana memperkenalkan Legalisme dan juga menyatukan China.
![]() |
Gambar rajah 1.1 Qin Shi Huang |
Sumbangan Qin Shi Huang terhadap negara China boleh dikaji daripada aspek-aspek yang berikut:
1.0 Politik
![]() |
Gambar rajah 1.2 Sumbangan Qin Shi Huang daripada pelbagai aspek. |
- Memperkenalkan penggunaan geleran "Huang di" dengan menggabungkan perkataan huang (皇) dari legenda Tiga Huang (Tiga yang Mulia) yang memerintah ketika permulaan sejarah China, dan perkataan di (帝) dari legenda Lima Di (Lima Maharaja) yang memerintah selepas Tiga Huang.
- Mengukuhkan kuasa baginda dengan pemusatan, iaitu menumpukan pentadbiran di pusat kerajaan.
- Melaksanakan dasar pembahagian daerah-daerah dan negeri.
2.0 Ekonomi
- Menyeragamkan sistem timbang dan sukat.
- Menyeragamkan sistem kewangan.
![]() |
Gambar rajah 1.3 Mata wang yang digunakan semasa Dinasti Qin. |
- Membina sebuah sistem jalan raya kebangsaan besar-besaran.
3.0 Kebudayaan
- Menyeragamkan sistem tulisan.
Gambar rajah 1.4 Sistem tulisan disatukan semasa Dinasti Qin. - Mencipta patung-patung Tentera Terracotta yang bersaiz manusia, menunjukkan kemahiran mengukir yang tinggi dalam masyarakat zaman dahulu.
![]() |
Gambar rajah 1.5 Patung-patung Tentera Terracotta. |
4.0 Ketenteraan
- Membina Tembok Besar China untuk melindungi tanah utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Tembok Besar China ini merupakan binaan yang paling panjang di dunia sampai hari ini.
Gambar rajah 1.6 Tembok Besar China
The answer here is not the answer I'm looking for since I'm doing practice A for this
ReplyDeleteYes
Deleteسي تاك فاه
ReplyDelete